Tuesday, April 7, 2009

PR dapat dua bukit BN dapat satu batang


PARLIMEN BUKIT GANTANG
Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

DUN BATANG AI - BN Calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan majoriti 1,854 undi.Malcom Mussen Lamoh dari BN memperoleh 3,907 undi menewaskan calon PKR, Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi.

DUN BUKIT SELAMBAU
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Selambau dengan memperoleh 1,712 undi berbanding BN 1,142 undi.Keputusan awal tersebut adalah berdasarkan penjumlahan undi melibatkan 11 daripada 65 saluran mengundi sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment