Sunday, May 17, 2009

selamat hari guru..

hai..
kalini ak nk berpuisi sket..
bersempena hari guru kn 16mei..
ak tujukan puisi ni utk cikgu2 ak di..

SEK KEB PENGKALAN CHEPA
SEK KEB TUN HUSSEIN ONN
SEK KEB BANDAR BARU KUALA SELANGOR
SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
MATRIK PENANG
UKM..
bakal sape yg bakal cikgu hehehe
khas utk korg


"cikgu masih igt saya?"
memandang wajahnya
aku kembali mencari sejarah
sebuah papan hitam yang putih
meja yang ditoreh kenangan
dan kerusi yang patah
dek beratnya pengalaman
sebuah bilik tempat
kami membajai kemanusiaan
keringat merah yang rontok
airmata ungu yang tumpah
lantai perjuangan yang menjadi saksi
mereka pun tumbuh di ruang pengetahuan
menjadi abjad dan angka kehidupan

"terima kasih"
kerana mendengar rengekan kami
kerana bersabar melayan kami
kerana mengikut telatah kami
kerana asyik dengan rapuan kami
kerana percaya dengan janji kami
kerana akur dengan kenakalan kami
kerana redha kesalahan kami
kerana gembira dengan marah kami
kerana senyum dengan rajuk kami
kerana BERJAYA MENDIDIK KAMI

"ingatkah aku pada cikgu?"
TAK KAN JERAT LUPAKAN PELANDUK
KERANA PERJUANGANMU
AKU DINAMAKAN BEGINI.....

TERIMA KASIH CIKGU......

1 comments:

Anonymous said...

awk tujukan utk sy ke???
hahaha..
bgs tol ank murid cikgu ni...

Post a Comment