Saturday, June 13, 2009

Tersebutlah kisah....

Pada suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 orang isteri. Dia mencintai isteri ke 4dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya. Sebab, isteri ke 4 adalah yang terccantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairanlah lelaki ini sering membrikan yang terbaik untuk isteri ke 4 nya.

Pedagang itu juga mencintai isteri ke3. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ke3 nya pada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

Begitu juga dengan isteri ke2. Pedagang itu sangat menyayanginya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang mengalami masalah, pedagang selalu merujuk kepada isteri ke2 nya ini. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat2 sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha pedagang.

Akan tetapi pedagang tidak mencintainya. Walaupun isteri pertamanya begitu sayang kepdanya, namun pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

Suatu ketika si pedagang jatuh sakit. Dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tidak berapa lama lagi. Pedagang kaya ini mula merenungi semua keindahan hidupnya dan berkata dalam hati, "saat ini, ak punya empat org isteri. Namun apabila ak meninggal, aku akan sendiri. Betapa sedihnya kerana selepas ini aku akan tinggal sendirian".

Lalu dia meminta kesemua isterinya datang dan kemudian mula bertanya kepada isteri keempatnya, "kaulah yang paling aku sayang, kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kau mendampingi dan menemaniku?".

Isteri ke 4 nya terdiam. " Tentu sekali tidak!" jawab isterinya yg ke 4, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata2 lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati pedagang seakan-akan pisau tajam menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu bertanya kepada isteri ke 3. " Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan tidak lama lagi hidupku akan berakhir. Mahukah kau mengikutku dan menemani akhir hayatku?".

Isteri ketiganya menjawab, " Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Si pedagang kaya begitu terpukul dengan jawapan isteri ke 3 nya.

Lalu si Pedagang mengajukan soklan kepada isteri ke2 nya. " Aku selalu meminta pertolonganmu dan mengadu padamu setiap kali menghadapi masalah. Dan kau sering membantuku. Kalau aku mati mahukah kau mengikuti dan mendampingiku?".

Si isteri ke 3 menjawab dengan perlahan, " Maafkan aku...aku tak mamu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu hingga ke liang kubur sahaja. Nanti akan ku bina sebuah makam yang indah untukmu".

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar lubuk hati pedagang. Si pedagang kini berputus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, " Aku akn tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana sahaja kau pergi. Aku tidak akan sesekali meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu".

Si pedagang menoleh kearah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus tidak bermaya. Badannya seperti orang kelaparan. Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.

"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saatku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku", kata pedagang dengan linangan air mata penyesalan.

Adakah kisah ini buatkan korang kaitkan ngan sesuatu?Kenapa aku tiba2 cerita pasal isteri?
Bkn ak desperate nk kawen r..cuber korang kaetkan ngan khidupan kite

ISTERI 4 : Adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitusahaja. Macam biskut tiger.Tiada keindahan dan kemegahan yang tersisa apabila kita menghadp-Nya.

ISTERI 3 : Adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Waktu beredar, mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI 2 : Adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa dekat perhubungan kita dengan mereka, mereka takakkan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai dikubur sahaja mereka menemani kita.

ISTERI 1 : Adalah jiwa dan amalan kita. Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi mengejar kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun hakikatnya hanya jiwa dan amalan kita sahaja yang mampu mendampingi kita ke man sahaja kita melangkah.

hahaha renung2kanlah dow...
ak nk ucap gak r epi bday kt member ak ni hahha...
sape? lu pikir r sendri..

4 comments:

Anonymous said...

cdey gak bce..
insaf jp..
hehehe..

Anonymous said...

gle ar tebe..
aku terharu dow....

Anonymous said...

ngis siot...isk23...

tebe said...

ces..sume nk anonymous jek..
tulis r nme sndri dow..

Post a Comment